Dasar Privasi Apple

Dikemas kini 18 September 2024

Dasar Privasi Apple menerangkan cara Apple mengumpul, mengguna dan berkongsi data peribadi anda.

Sebagai tambahan kepada Dasar Privasi ini, kami menyediakan data dan maklumat privasi yang terkandung dalam produk kami dan ciri tertentu yang meminta untuk menggunakan maklumat peribadi anda. Maklumat khusus produk ini disertakan dengan Ikon Data & Privasi kami. 

Privacy Icon

Anda akan diberikan peluang untuk menyemak maklumat khusus produk ini sebelum menggunakan ciri ini. Anda juga boleh melihat maklumat ini pada bila-bila masa, sama ada dalam tetapan yang berkaitan dengan ciri tersebut dan/atau dalam talian diapple.com/legal/privacy/data

Sila luangkan sedikit masa untuk membiasakan diri anda dengan amalan privasi kami, yang boleh diakses melalui tajuk di bawah, dan hubungi kami jika anda mempunyai soalan.

Muat turun salinan Dasar Privasi ini
 
Dasar Privasi Aplikasi Kajian Kesihatan Apple

  • Apakah itu Data Peribadi di Apple?

  • Hak Privasi Anda di Apple

  • Data Peribadi yang Dikumpulkan oleh Apple daripada Anda

  • Maklumat Kecergasan. Butiran yang berkaitan dengan maklumat kecergasan dan senaman yang anda pilih untuk dikongsi

  • Maklumat Kewangan. Butiran termasuk maklumat gaji, pendapatan dan aset yang dikumpulkan serta maklumat yang berkaitan dengan tawaran kewangan berjenama Apple

  • Data ID Kerajaan. Dalam sesetengah bidang kuasa, kami boleh meminta ID yang dikeluarkan oleh kerajaan dalam situasi terhad, termasuk semasa menyediakan akaun wayarles dan mengaktifkan peranti anda, untuk tujuan melanjutkan kredit komersial, mengurus tempahan atau seperti yang diperlukan oleh undang-undang

  • Maklumat Lain yang Anda Berikan kepada Kami. Butiran seperti kandungan komunikasi anda dengan Apple, termasuk interaksi dengan sokongan pelanggan dan hubungan melalui saluran media sosial

Anda tidak perlu memberikan data peribadi yang telah kami minta. Walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk tidak memberikan maklumat tersebut, biasanya kami tidak akan dapat menyediakan produk atau perkhidmatan kami kepada anda atau membalas apa-apa permintaan anda.

  • Data Peribadi yang Diterima oleh Apple daripada Sumber Lain

  • Penggunaan Data Peribadi oleh Apple

  • Perkongsian Data Peribadi oleh Apple

  • Perlindungan Data Peribadi di Apple

  • Data Kanak-kanak dan Data Peribadi

  • Kuki dan Teknologi Lain

  • Pemindahan Data Peribadi Antara Negara

  • Data peribadi berkaitan dengan individu di Republik Rakyat China mungkin diproses oleh Apple di negara di luar Republik Rakyat China, seperti Apple Inc. di Amerika Syarikat atau Apple Distribution International Limited di Republik Ireland. Di mana-mana ini berlaku, pengumpulan data akan dilakukan mengikut undang-undang tempatan, termasuk Undang-undang Perlindungan Maklumat Peribadi. Bagi tujuan pemprosesan yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini, Apple juga mungkin memindahkan data peribadi sedemikian kepada pembekal perkhidmatan pihak ketiga, yang mungkin akan menyimpan atau memindahkan data tersebut ke luar Republik Rakyat China. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati Pendedahan Privasi Tanah Besar China.

  • Komitmen Keseluruhan Syarikat Kami terhadap Privasi Anda

  • Soalan Privasi