
Pilih kategori untuk syarat: Pilih item daripada menu timbul pertama syarat. Contohnya, pilih Foto untuk mencari foto jenis tertentu. Pilih Kata Kunci untuk mencari foto yang mempunyai kata kunci tertentu dikaitkan dengannya. Atau pilih Tajuk atau Tarikh untuk mencari foto dengan tajuk tertentu atau diambil pada tarikh tertentu. Terdapat lebih daripada 15 kategori berbeza yang anda boleh pilih.
Pilih hubungan pentakrif (atau operator) untuk syarat: Pilih item daripada menu timbul kedua syarat. Contohnya, anda boleh menentukan yang foto “adalah” atau “adalah bukan” swafoto atau video. Setiap kategori mempunyai pengubah suainya sendiri yang anda boleh pilih. Contohnya, apabila anda memilih kategori Orang, anda boleh menentukan yang foto “menyertakan” atau “tidak menyertakan” nama tertentu, atau nama orang tersebut “bermula dengan” set aksara tertentu, seperti “Jo”, untuk mencari orang bernama Jon, Jonathan, Jones dan seterusnya.
Setkan kriteria untuk syarat: Dalam menu timbul atau medan ketiga, pilih atau masukkan kriteria tertentu yang anda mahu syarat gunakan, seperti nama atau tarikh. Contohnya, pilih “kegemaran” untuk mencari foto yang anda tandakan sebagai kegemaran.
Tambah atau keluarkan syarat: Klik butang Tambah
Tukar seting dalam Foto pada Mac